Thursday, May 19, 2011

jalan Pekan Kajang sesak kritikal 2011

 




Orang ramai salahkan sistem aliran trafik, kenderaan awam



KAJANG: Masalah kesesakan lalu lintas di sekitar pekan Kajang yang masih tiada penghujungnya menjadi pemandangan biasa bagi orang ramai yang berkunjung ke bandar itu.

Selain sistem aliran trafik yang didakwa menyebabkan kesesakan, orang ramai juga mengaitkan punca kesesakan akibat kenderaan awam seperti bas dan teksi menunggu dan mengambil penumpang bukan di kawasan ditetapkan, selain kedudukan pondok menunggu bas yang berdekatan simpang dan kereta yang diletak sesuka hati. Tinjauan mendapati deretan beberapa bas dan teksi menunggu penumpang di tepi jalan, menjadikan pemandangan kawasan itu tidak ubah seperti di stesen bas, sedangkan ia hanya sebuah pondok menunggu bas biasa saja. Kesesakan menjadi semakin kritikal di pekan itu pada Sabtu dan Ahad apabila orang ramai mengunjunginya untuk mendapatkan pelbagai barang.

Justeru, kerajaan negeri dicadang mewujudkan kawasan pertumbuhan baru Kajang II supaya kawasan sedia ada tidak terlalu sesak.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Vellu, 43, berkata masalah kesesakan di situ berpunca daripada bas dan teksi yang mengambil dan menurunkan penumpang sesuka hati.

Katanya, kesesakan akan menjadi lebih teruk apabila tiba hujung minggu, cuti umum dan hari perayaan kerana lebih ramai pengguna akan memasuki pusat bandar untuk membeli belah dan mencari keperluan masing-masing.
‘‘Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) perlu menangani masalah ini kerana ia bukan perkara baru demi memberi keselesaan kepada pengguna dan peniaga,’’ katanya yang yang mempunyai premis perniagaan di kawasan itu.

Guru, Sharifah Azwani Azlan, 26, pula berkata, masalah kesesakan itu mungkin boleh selesai jika pihak bertanggungjawab termasuk polis sentiasa membuat kawalan di kawasan itu.

Sharifah Azwani berkata, melalui cara itu, pemandu tidak akan meletakkan atau memberhentikan kenderaan sesuka hati kerana khuatir dikenakan saman.

Beliau yang sering melalui kawasan bandar itu untuk ke sekolah turut mencadangkan pihak bertanggungjawab mewujudkan sebuah hentian pengangkutan awam bersepadu yang lebih baik dan selesa untuk kebaikan semua pihak.

Selain itu, kesesakan di pekan Kajang juga disebabkan semua kegiatan bertumpu pada satu kawasan yang keluasannya sudah semakin kecil sedangkan semakin hari jumlah pengunjung pula semakin ramai. 





kami sedia membeli emas dan surat pajak - 017-2040730 klik beliemas.com